Luvmaths Group

Friday 7 December 2012

Terima Kasih Cikgu



GURUKU INSAN MULIA

Guruku insan mulia
Mengajar tanpa rasa jemu
Mendidik tanpa rasa penat
Mencurahkan kasih sayang
Sepenuh rela
Demi melihat
Anak muridnya berjaya.

Guruku insan mulia
Tidak pilih kasih
Dalam memberi sebakul ilmu
Buat bekalan anak muridnya
Di masa depan.

Guruku insan mulia
Sedia berkorban jiwa dan raga
Demi melihat anak didiknya
Berjaya menjadi insan
Yang berjaya, berkeyakinan dan berakhlak mulia.

Guruku insan mulia
Sedia membantu
Sedia memberi
Sedia membimbing
Demi melihat anak didiknya
menjadi generasi masa depan negara
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tanpanya
kita tidak akan menjadi seperti sekarang
yang berjuang di medan perang
persaingan antara mahasiswa dan mahasiswi
demi segulung izajah
untuk diusung ke sana ke sini.

Tanpanya
Kita tidak akan pernah merasa
Abc dan 123 berkibaran di jendela fikiran
Dan bergentayangan di mana-mana
Kerana semua yang ada di dunia ini
Sebenarnya bermula dari seorang
Yang bergelar GURU.

Dari hatinya terbit seberkas kasih
Dari jiwanya mengalir sebutir mutiara ilmu
Dalam rohnya muncul segugus kerdipan kemuliaan
Buat anak-anak bumi tercinta
Yang dambakan satu harapan
Meniti jambatan ilmu
Dunia dan akhirat.

Dari riak air mukanya terbit sesuci wajah yang tenang
Dari perbuataannya tergambar perilaku seorang guru
Berjiwa murni
Mendidik anak bumi tercinta
Yang dambakan segugus harapan
Menjadi insan yang cemerlang
Gemilang dan terbilang.

Dalam dirinya bercambah segugus benih harapan
kepada anak-anak didik
Menjadi insan yang soleh,
Di dunia dan akhirat

Terima kasih CIKGU
Engkaulah ratu dari segala ratu
Engkaulah puteri dari segala puteri
Dan engkaulah jua yang membenihkan
Jiwa kami dengan segala kematangan
Dalam menempuh sejalur jalan kehidupan
Yang penuh berliku ini.

Nukilan: S. Hana AK

No comments:

Post a Comment