Luvmaths Group

Thursday 13 December 2012


Pn Noor Faizah bt Zainon
PPG 23440

Pn Mazni bt Hj Ayob
PPG 23404

Pn  Azaitul Ainul bt Aziz
PPG 23325

Friday 7 December 2012

Teknik Bahagi Dalam Masa 5 Saat

Teknik Mudah Darab

Cara Mudah Mengira Matematik


CARA MUDAH PENGIRAAN MATEMATIK : SIFIR 11

Teknik ini digunakan untuk nombor 2 digit. Sebagai contoh : 11 x 43 = ?

1. Pisahkan 4 dan 3 : ( 4_3 )
2. Keadaan ini akan mewujudkan satu ruang (digariskan _ ) antara 4 dan 3.
3. Campurkan 4 dan 3 : 4 + 3 = 7
4. Letakkan 7 di tengah-tengah 4_3 supaya menjadi 473.


Teknik ini tidak boleh digunakan untuk mendapat jawapan bagi sifir 11 sekiranya hasil tambah dua nombor yang dilibatkan dalam pengiraan langkah 3 lebih besar daripada 9.

Sekiranya hasil tambah dua nombor di dalam langkah 3 adalah lebih besar daripada 9, kita gunakan kaedah seperti contoh di bawah:

Contoh : 11 x 57 = ?

1. Asingkan 5 dan 7 : ( 5_7 )
2. Nampak ruang di antara 2 nombor tersebut?
3. Campurkan 5 dan 7 : 5 + 7 = 12
4. Asingkan pula hasil tersebut menjadi 1_2.
5. Nombor 1 kita campurkan dengan nombor awalan iaitu 5 menjadikannya 6.
6. Nombor 2 pula kita letakkan di tengah-tengah ruang kosong tadi menjadikan jawapan akhir bersamaan dengan enam puluh dua = 62

Sumber : http://tutortuisyen.blogspot.com

Matematik Teknik Pengiraan

Terima Kasih Cikgu



GURUKU INSAN MULIA

Guruku insan mulia
Mengajar tanpa rasa jemu
Mendidik tanpa rasa penat
Mencurahkan kasih sayang
Sepenuh rela
Demi melihat
Anak muridnya berjaya.

Guruku insan mulia
Tidak pilih kasih
Dalam memberi sebakul ilmu
Buat bekalan anak muridnya
Di masa depan.

Guruku insan mulia
Sedia berkorban jiwa dan raga
Demi melihat anak didiknya
Berjaya menjadi insan
Yang berjaya, berkeyakinan dan berakhlak mulia.

Guruku insan mulia
Sedia membantu
Sedia memberi
Sedia membimbing
Demi melihat anak didiknya
menjadi generasi masa depan negara
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tanpanya
kita tidak akan menjadi seperti sekarang
yang berjuang di medan perang
persaingan antara mahasiswa dan mahasiswi
demi segulung izajah
untuk diusung ke sana ke sini.

Tanpanya
Kita tidak akan pernah merasa
Abc dan 123 berkibaran di jendela fikiran
Dan bergentayangan di mana-mana
Kerana semua yang ada di dunia ini
Sebenarnya bermula dari seorang
Yang bergelar GURU.

Dari hatinya terbit seberkas kasih
Dari jiwanya mengalir sebutir mutiara ilmu
Dalam rohnya muncul segugus kerdipan kemuliaan
Buat anak-anak bumi tercinta
Yang dambakan satu harapan
Meniti jambatan ilmu
Dunia dan akhirat.

Dari riak air mukanya terbit sesuci wajah yang tenang
Dari perbuataannya tergambar perilaku seorang guru
Berjiwa murni
Mendidik anak bumi tercinta
Yang dambakan segugus harapan
Menjadi insan yang cemerlang
Gemilang dan terbilang.

Dalam dirinya bercambah segugus benih harapan
kepada anak-anak didik
Menjadi insan yang soleh,
Di dunia dan akhirat

Terima kasih CIKGU
Engkaulah ratu dari segala ratu
Engkaulah puteri dari segala puteri
Dan engkaulah jua yang membenihkan
Jiwa kami dengan segala kematangan
Dalam menempuh sejalur jalan kehidupan
Yang penuh berliku ini.

Nukilan: S. Hana AK

Thursday 6 December 2012

Pakar Matematik

                                              
Pakar Matematik Hungary, George Polya

Model Penyelesaian Polya
Pada tahun 1945, George Polya telah menerbitkan bukunya How To Solve It Yang telah menjadi sebuah penerbitan tersohor pada ketika itu. Bukunya telah terjual lebih satu juta naskhah dan diterjemahkan dalam 17 bahasa. Di dalam buku tersebut beliau telah memperkenalkan 4 prinsip penyelesaian masalah matematik.



1) Memahami masalah(Understand the problem)
Pelajar seringkali gagal menyelesaikan masalah kerana mereka tidak faham masalah tersebut. Antara soalan-soalan yang perlu ditanya kepada pelajar:
·         Adakah kamu memahami semua makna/perkataan yang digunakan dalam masalah tersebut?
·         Apakah yang kamu cari dan tunjukkan?
·         Bolehkah kamu menyusun semula ayat-ayat dengan perkataan sendiri?
·         Bolehkah kamu menggunakan gambar atau diagram yang boleh membantu kamu memahamkan masalah?
·         Adakah maklumat cukup untuk menyelesaikan masalah?
2)  Merancang Strategi(Devise a plan)
Polya menegaskan ada pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran memilih strategi yang sesuai bergantung kepada berapa banyaknya pengalaman kita menyelesaikan masalah sebelum ini. Antara strategi yang boleh membantu ialah:
·         Cuba jaya
·         Membuat senarai tersusun
·         Mengenalpasti kemungkinan-kemungkinan
·         Menggunakan simetri
·         Menimbangkan kes istimewa
·         Menyelesaikan persamaan
·         Melihat pola
·         Melukis gambar
·         Menyelesaikan masalah kecil dahulu
·         Guna model
·         Bekerja dari bawah/menggunakan maklumat terakhir dahulu
·         Guna formula
·         Guna analogi/perbandingan
·         Lakonkan/ujikaji
·         Permudahkan masalah.
3)  Melaksanakan Strategi(Carry out the plan)
Langkah ini biasanya lebih mudah dari merancang strategi. Pelajar memerlukan ketekunan dan berhati-hati apabila menggunakan kemahiran sedia ada. Jika tidak berjaya menyelesaikannya, berpatah semula ke langkah pertama dan merancang strategi berbeza. Ini adalah langkah biasa dalam Matematik yang juga digunakan oleh mana-mana pakar matematik.
4)  Menyemak jawapan(Look back)
Polya merasakan adalah wajar mengambil sedikit masa untuk menyemak jawapan dan membuat refleksi. Ini bertujuan untuk mengukuhkan keyakinan dan  memantapkan pengalaman untuk mencuba masalah baru yang akan datang. 





Tuesday 27 November 2012

TEKNIK BELAJAR BERKESAN


PENGENALAN

Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.
Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.

 TEKNIK BELAJAR 5R-STUV

1. Recopy [salin semula]
2. Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
4. Recheck [semak semula]
5. Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]

1. s-sumarize [ringkaskan nota penting]
2. t-test your self [uji diri anda]
3. u-use [gunakan]
4. V-visualize [bayangkan selalu]

TEKNIK BELAJAR SECARA PEMBAYANGAN

1.      Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.

2.      Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.

3.      Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

4.      Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.

5.      Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.

6.      Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap, Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.


RAHSIA-RAHSIA DI SEBALIK PENGURUSAN MASA PELAJAR CEMERLANG.

1.      Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
2.      Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
3.      Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
4.      Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
5.      Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
6.      Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
7.      Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
8.      Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
9.      Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
10.  Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
11.  Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
12.  Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
13.  Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
14.  Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
15.  Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
16.  Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
17.  Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
18.  Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
19.  Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
20.  Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
Sumber : http://www.sabah.net.my/juipri/belajar.htm