Luvmaths Group

Friday 7 December 2012

Cara Mudah Mengira Matematik


CARA MUDAH PENGIRAAN MATEMATIK : SIFIR 11

Teknik ini digunakan untuk nombor 2 digit. Sebagai contoh : 11 x 43 = ?

1. Pisahkan 4 dan 3 : ( 4_3 )
2. Keadaan ini akan mewujudkan satu ruang (digariskan _ ) antara 4 dan 3.
3. Campurkan 4 dan 3 : 4 + 3 = 7
4. Letakkan 7 di tengah-tengah 4_3 supaya menjadi 473.


Teknik ini tidak boleh digunakan untuk mendapat jawapan bagi sifir 11 sekiranya hasil tambah dua nombor yang dilibatkan dalam pengiraan langkah 3 lebih besar daripada 9.

Sekiranya hasil tambah dua nombor di dalam langkah 3 adalah lebih besar daripada 9, kita gunakan kaedah seperti contoh di bawah:

Contoh : 11 x 57 = ?

1. Asingkan 5 dan 7 : ( 5_7 )
2. Nampak ruang di antara 2 nombor tersebut?
3. Campurkan 5 dan 7 : 5 + 7 = 12
4. Asingkan pula hasil tersebut menjadi 1_2.
5. Nombor 1 kita campurkan dengan nombor awalan iaitu 5 menjadikannya 6.
6. Nombor 2 pula kita letakkan di tengah-tengah ruang kosong tadi menjadikan jawapan akhir bersamaan dengan enam puluh dua = 62

Sumber : http://tutortuisyen.blogspot.com

No comments:

Post a Comment